Thursday, November 27, 2008

Jestie Alexius is Always Fine...

Hello...

Apa khabar semua?
Pihak kami memohon maaf kerana sekian lama tiada update dari kami. Bukan apa, anda semua di luar sana tentu lebih bijak menilai situasi industri muzik tempatan kita pada masa kini. Terus terang kita katakan sangat lembab... tidak boleh salahkan sesiapa. Ekonomi global kita dalam saat-saat yang getir sekarang. Harap-harap akan pulih selepas ini.

Memandangkan tiada cerita terbaru yang dapat dikongsikan, apa kata kita berbicara soal gosip-gosip yang tidak pernah putus di mulut orang ramai tentang Jestie Alexius. 6 tahun lepas (2002), pernah tersebar luas di merata tempat bahawa Jestie telah meninggal dunia sebaik sahaja album pertamanya meletup. Pelbagai andaian mengatakan kononnya jatuh sakit, kemalangan jalan raya dan macam-macam lagi. Cerita itu berakhir dengan munculnya album ke-2 pada 2003.

Sesudah itu, Jestie menyepikan diri. Dalam tempoh bermula dari tahun 2003-2004, beliau telah menubuhkan studio rakamannya sendiri dan sibuk mendalami ilmu 'home recording'. Malangnya, ketika inilah bermulanya lagi gosip liar mengatakan Jestie terlibat dengan DADAH. Lebih mendukacitakan, golongan yang profesional termasuk golongan peguam, polis, ahli perubatan, dan banyak lagi golongan yang selama ini kita sangkakan berfikiran LOGIK lepasan UNIVERSITI turut percaya dan bersama-sama menggembleng tenaga menyebarkan fitnah tidak berasas ini. Walaubagaimanapun, Jestie tetap tidak melatah dengan fitnah-fitnah ini malahan beliau terus berdiam diri dan meneruskan pembelajaran 'home recording' yang belum selesai.

Gosip ini terus bertambah buruk pada hujung tahun 2004 atau awalan 2005 di mana terdapat lagi suara-suara sumbang mengatakan Jestie sedang meringkuk di penjara kerana telah didapati bersalah terlibat dengan DADAH. Sungguhpun beliau telah mengeluarkan album ke-3 pada 2004, namun masih tebal difikiran orang ramai bahawa Jestie berada di dalam penjara. Cubalah anda semua fikirkan sebaik-baiknya..."ADAKAH LOGIK JIKA KITA MENGATAKAN ORANG ITU BERADA DI PENJARA DAN PADA MASA YANG SAMA, ORANG YANG KITA MAKSUDKAN ITU SIBUK MENJUAL ALBUMNYA DI PASARAN?". Renung-renungkanlah.

Dalam tidak sedar, di era 2004-2006, Jestie telah berjaya menerbitkan beberapa album selain dari albumnya sendiri. Antara artis tempatan yang pernah bekerjasama dengan Jestie adalah Johnny Bonis, Majungkim Koroh, Noah & Fendy, Oliver George Mool, Pter, Robert William dan beberapa projek single bersama Meeda Hamzani. Dapatlah kita simpulkan di sini, gosip tidak akan menjejaskan kerjaya seni Jestie Alexius.

Menjelang November 2007, Jestie telah muncul dengan album ke-4 yang ternyata hasil terbaik beliau. Peminat-peminat beliau tidak pernah hampa dengan persembahan album tersebut walaupun pada saat-saat gosip belum reda. Pada tahun 2008, Jestie Alexius telah bekerjasama dengan syarikat gergasi di Sabah iaitu Skyline untuk meluaskan lagi pasaran album beliau.

Jika selepas ini masih ada gosip liar yang kurang sedap didengar, anda di luar sana tentu lebih bijak menilai sendiri. Tanya tuan empunya badan.

Sekian, terima kasih.

SAMA-SAMALAH KITA MEMBANTERAS DADAH! DADAH MUSUH NEGARA!

1 comment:

HoneyBUZZin said...

Biasala tu kalau dah jadi artis...dunia artis memang macam tu..jadi public figure..ada yang suka..ada yang tidak..ada juga yang dengki. It's good to hear that he's doing well. 3 cheers!