Sunday, March 24, 2013

JESTIE IS BACK!

Sejak menyepi beberapa tahun (lebih kurang 5 tahun) selepas menerbitkan album ke-4 pada tahun 2007, kini penyanyi tersohor Sabah kembali lagi dengan karya-karya terbaru. Jestie akan mengeluarkan album ke-5nya dengan himpunan 12 buah lagu baru. Tarikh pelancaran album belum dimuktamadkan buat masa ini. Walaupun begitu, mari kita hayati single terbaru Jestie Alexius... Ii Topurak (Yang Putih).


Monday, April 27, 2009

Nokuro Ingga Kosiwatan


Akhirnya Jestie mengeluarkan lagu barunya di blog ini. Kepada para pengunjung yang masih setia, dengarlah lagu baru beliau di Singing Box. Untuk pengetahuan anda semua, lagu ini merupakan lagu yang cukup membawa makna kepada Jestie sebagai tuan empunya lagu sendiri. Lagu ini merupakan cerita yang benar-benar berlaku dan lagu inilah yang akan menjelaskan segala-gala yang terbuku di hati beliau.

Lagu ini menceritakan tentang kekesalan yang teramat sangat apabila tidak berpeluang bertemu seorang sahabat karib buat kali terakhir disebabkan oleh kekeliruan maklumat. Seorang sahabat telah pergi begitu jauh dan tidak akan kembali lagi tanpa meninggalkan pesanan. Masih terkejut dan sukar untuk percaya dengan apa yang telah berlaku, terpaksalah bersabar dan menerima hakikat bahawa sahabat karib itu telah pergi meninggalkan alam fana ini.

Kini tinggal kenangan segala pahit manis bersama suatu masa dahulu... namun akan tetap tersemat di hati selama-lamanya.

IN LOVING MEMORY



Paul Valentino @ Shahrul Abdullah @ GUY
Departed On : 11th April, 2009

REST IN PEACE

Saturday, April 18, 2009

AKAN DATANG

Kepada para pengunjung blog dan peminat-peminat setia Jestie Alexius...

Jangan ke mana-mana! Jestie akan muncul dengan album baru bila-bila masa. Jestie seperti biasa memerap dalam studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru yang pastinya HEBAT!

Anda mungkin jarang berpeluang melihatnya di mana-mana. Namun itu adalah harga bagi MASA yang telah dia korbankan di dalam studio!

TUNGGU SAHAJA SELEPAS INI!

Thursday, November 27, 2008

Jestie Alexius is Always Fine...

Hello...

Apa khabar semua?
Pihak kami memohon maaf kerana sekian lama tiada update dari kami. Bukan apa, anda semua di luar sana tentu lebih bijak menilai situasi industri muzik tempatan kita pada masa kini. Terus terang kita katakan sangat lembab... tidak boleh salahkan sesiapa. Ekonomi global kita dalam saat-saat yang getir sekarang. Harap-harap akan pulih selepas ini.

Memandangkan tiada cerita terbaru yang dapat dikongsikan, apa kata kita berbicara soal gosip-gosip yang tidak pernah putus di mulut orang ramai tentang Jestie Alexius. 6 tahun lepas (2002), pernah tersebar luas di merata tempat bahawa Jestie telah meninggal dunia sebaik sahaja album pertamanya meletup. Pelbagai andaian mengatakan kononnya jatuh sakit, kemalangan jalan raya dan macam-macam lagi. Cerita itu berakhir dengan munculnya album ke-2 pada 2003.

Sesudah itu, Jestie menyepikan diri. Dalam tempoh bermula dari tahun 2003-2004, beliau telah menubuhkan studio rakamannya sendiri dan sibuk mendalami ilmu 'home recording'. Malangnya, ketika inilah bermulanya lagi gosip liar mengatakan Jestie terlibat dengan DADAH. Lebih mendukacitakan, golongan yang profesional termasuk golongan peguam, polis, ahli perubatan, dan banyak lagi golongan yang selama ini kita sangkakan berfikiran LOGIK lepasan UNIVERSITI turut percaya dan bersama-sama menggembleng tenaga menyebarkan fitnah tidak berasas ini. Walaubagaimanapun, Jestie tetap tidak melatah dengan fitnah-fitnah ini malahan beliau terus berdiam diri dan meneruskan pembelajaran 'home recording' yang belum selesai.

Gosip ini terus bertambah buruk pada hujung tahun 2004 atau awalan 2005 di mana terdapat lagi suara-suara sumbang mengatakan Jestie sedang meringkuk di penjara kerana telah didapati bersalah terlibat dengan DADAH. Sungguhpun beliau telah mengeluarkan album ke-3 pada 2004, namun masih tebal difikiran orang ramai bahawa Jestie berada di dalam penjara. Cubalah anda semua fikirkan sebaik-baiknya..."ADAKAH LOGIK JIKA KITA MENGATAKAN ORANG ITU BERADA DI PENJARA DAN PADA MASA YANG SAMA, ORANG YANG KITA MAKSUDKAN ITU SIBUK MENJUAL ALBUMNYA DI PASARAN?". Renung-renungkanlah.

Dalam tidak sedar, di era 2004-2006, Jestie telah berjaya menerbitkan beberapa album selain dari albumnya sendiri. Antara artis tempatan yang pernah bekerjasama dengan Jestie adalah Johnny Bonis, Majungkim Koroh, Noah & Fendy, Oliver George Mool, Pter, Robert William dan beberapa projek single bersama Meeda Hamzani. Dapatlah kita simpulkan di sini, gosip tidak akan menjejaskan kerjaya seni Jestie Alexius.

Menjelang November 2007, Jestie telah muncul dengan album ke-4 yang ternyata hasil terbaik beliau. Peminat-peminat beliau tidak pernah hampa dengan persembahan album tersebut walaupun pada saat-saat gosip belum reda. Pada tahun 2008, Jestie Alexius telah bekerjasama dengan syarikat gergasi di Sabah iaitu Skyline untuk meluaskan lagi pasaran album beliau.

Jika selepas ini masih ada gosip liar yang kurang sedap didengar, anda di luar sana tentu lebih bijak menilai sendiri. Tanya tuan empunya badan.

Sekian, terima kasih.

SAMA-SAMALAH KITA MEMBANTERAS DADAH! DADAH MUSUH NEGARA!

Sunday, August 10, 2008

Kesibukan

Salam sejahtera kepada para pengunjung blog ini. Terima kasih kerana masih meluangkan masa anda untuk menjenguk-jenguk blog ini. Sememangnya anda mengharapkan berita terbaru mengenai Jestie Alexius. Kita semua sedia maklum bahawa industri muzik tempatan kita ini bukanlah besar sepertimana di seberang laut. Oleh itu, aktiviti-aktiviti luar agak terhad. Undangan show pun kurang. Jadi, ke mana perginya artis-artis kita? Hmm... rata-ratanya ada pekerjaan tetap atau bisnes lain. Bagaimana dengan artis FULL TIME? Haa... Jawapannya, mereka bertapa di dalam studio. Menambahkan ilmu di dada. Jestie Alexius tidak terkecuali dalam hal ini. Beliau juga sedang mempertajamkan lagi kemahiran pengendalian studio. Kita tunggu sahaja kemunculannya pada bila-bila masa.

Sudahkah anda mendapatkan MTV Karaoke Jestie Alexius yang terbaru? Jika belum, kepada anda yang tercari-cari sila cari di kedai-kedai CD/VCD berhampiran. Mustahil tiada. Ha ha ha. Pastikan juga ia ORIGINAL!

Tuesday, May 13, 2008

Cerita Terbaru Jestie Alexius



Hmmm... Sudahkah anda bersedia untuk mendendangkan lagu-lagu terbaru dari Jestie Alexius? MTV Karaoke akan muncul nih... marilah kita beramai-ramai ke KDCA pada 30/31 Mei ini!!! KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN TOUN 2008!!!

Kredit : Imbasan keratan akhbar ini diambil dari www.dbos-fm.blogspot.com THANK YOU.

Tuesday, November 27, 2007

Salam Sejahtera

Hai...
Kini sudah lebih sebulan dari tarikh pelancaran album ke-4 Jestie Alexius. Blog ini tidak ber'update' sekian lama dan ramai merungut dengan keadaan seumpama ini. People Of JMI memohon maaf yang tidak terkira atas kesulitan tersebut. Selama sebulan lebih ini, sudah berapakah unit terjual? Hahaha. Agak menggalakkan juga jualannya kali ini walaupun belum menyeluruh pasarannya. Mengapa albumnya lambat sampai di beberapa tempat? Hmm... tentu Jestie ada strateginya sendiri.

Kepada anda yang berada di kawasan Kota Kinabalu, anda boleh mendapatkan kaset Jestie di 'tamu malam' Kampung Air berhampiran dengan makhamah negeri. Buat masa ini, audio CD masih belum ada. Oh ya, penggambaran video klip MTV Karaoke Jestie Alexius masih dalam proses dan inilah sebahagian daripada kesibukannya yang benar-benar tidak boleh dielakkan. Selain itu, proses menghasilkan album kompilasi sempena Krismas juga memenuhi jadual hariannya. Untuk Krismas mendatang ini, JMI sekali lagi mengeluarkan produk istimewa khas buat semua pendengar-pendengar setia. Sama-samalah kita tunggu...

Mengenai hal demo-demo, memandangkan album Jestie sudah berada di pasaran, mungkin format 'singing box' itu perlu ditukar. People Of JMI tidak lagi menggunakan sedutan-sedutan lagu tetapi menggantikannya dengan 'full version'. Tetapi... bukan semualah hahaha. Mungkin akan bertukar selang seminggu. Dan ingat... jika apa yang anda dengar itu mempunyai masalah bunyi, itu sememangnya disengajakan agar 'pakar-pakar download free' tidak akan meneruskan perjuangan mereka. Dengan kata lain, lagu yang dipasang pada 'singing box' itu telah direndahkan kualitinya. Cukuplah untuk 'dengar-dengar'. Kalau berminat, dapatkannya di pasaran.

Ok... Itu sahaja untuk kali ini.