Monday, April 27, 2009

Nokuro Ingga Kosiwatan


Akhirnya Jestie mengeluarkan lagu barunya di blog ini. Kepada para pengunjung yang masih setia, dengarlah lagu baru beliau di Singing Box. Untuk pengetahuan anda semua, lagu ini merupakan lagu yang cukup membawa makna kepada Jestie sebagai tuan empunya lagu sendiri. Lagu ini merupakan cerita yang benar-benar berlaku dan lagu inilah yang akan menjelaskan segala-gala yang terbuku di hati beliau.

Lagu ini menceritakan tentang kekesalan yang teramat sangat apabila tidak berpeluang bertemu seorang sahabat karib buat kali terakhir disebabkan oleh kekeliruan maklumat. Seorang sahabat telah pergi begitu jauh dan tidak akan kembali lagi tanpa meninggalkan pesanan. Masih terkejut dan sukar untuk percaya dengan apa yang telah berlaku, terpaksalah bersabar dan menerima hakikat bahawa sahabat karib itu telah pergi meninggalkan alam fana ini.

Kini tinggal kenangan segala pahit manis bersama suatu masa dahulu... namun akan tetap tersemat di hati selama-lamanya.

IN LOVING MEMORY



Paul Valentino @ Shahrul Abdullah @ GUY
Departed On : 11th April, 2009

REST IN PEACE

Saturday, April 18, 2009

AKAN DATANG

Kepada para pengunjung blog dan peminat-peminat setia Jestie Alexius...

Jangan ke mana-mana! Jestie akan muncul dengan album baru bila-bila masa. Jestie seperti biasa memerap dalam studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru yang pastinya HEBAT!

Anda mungkin jarang berpeluang melihatnya di mana-mana. Namun itu adalah harga bagi MASA yang telah dia korbankan di dalam studio!

TUNGGU SAHAJA SELEPAS INI!