Tuesday, November 27, 2007

Salam Sejahtera

Hai...
Kini sudah lebih sebulan dari tarikh pelancaran album ke-4 Jestie Alexius. Blog ini tidak ber'update' sekian lama dan ramai merungut dengan keadaan seumpama ini. People Of JMI memohon maaf yang tidak terkira atas kesulitan tersebut. Selama sebulan lebih ini, sudah berapakah unit terjual? Hahaha. Agak menggalakkan juga jualannya kali ini walaupun belum menyeluruh pasarannya. Mengapa albumnya lambat sampai di beberapa tempat? Hmm... tentu Jestie ada strateginya sendiri.

Kepada anda yang berada di kawasan Kota Kinabalu, anda boleh mendapatkan kaset Jestie di 'tamu malam' Kampung Air berhampiran dengan makhamah negeri. Buat masa ini, audio CD masih belum ada. Oh ya, penggambaran video klip MTV Karaoke Jestie Alexius masih dalam proses dan inilah sebahagian daripada kesibukannya yang benar-benar tidak boleh dielakkan. Selain itu, proses menghasilkan album kompilasi sempena Krismas juga memenuhi jadual hariannya. Untuk Krismas mendatang ini, JMI sekali lagi mengeluarkan produk istimewa khas buat semua pendengar-pendengar setia. Sama-samalah kita tunggu...

Mengenai hal demo-demo, memandangkan album Jestie sudah berada di pasaran, mungkin format 'singing box' itu perlu ditukar. People Of JMI tidak lagi menggunakan sedutan-sedutan lagu tetapi menggantikannya dengan 'full version'. Tetapi... bukan semualah hahaha. Mungkin akan bertukar selang seminggu. Dan ingat... jika apa yang anda dengar itu mempunyai masalah bunyi, itu sememangnya disengajakan agar 'pakar-pakar download free' tidak akan meneruskan perjuangan mereka. Dengan kata lain, lagu yang dipasang pada 'singing box' itu telah direndahkan kualitinya. Cukuplah untuk 'dengar-dengar'. Kalau berminat, dapatkannya di pasaran.

Ok... Itu sahaja untuk kali ini.

Tuesday, October 9, 2007

4hb Oktober,2007: Happening Nite in Tambunan Motel

Tidak cukup setakat di pentas tamu pekan Tambunan, sesi pelancaran album ke-4 Jestie Alexius disambung lagi pada malam harinya. Di mana? Hmm... Tambunan Motel Riverside. Mari kita jenguk-jenguk... Ayoh!!

Macam Bon Jovi kan... Ha ha ha...

Menari-nari lagi hadirin malam tu...

Antara aksi Jestie Alexius sempena kemunculan semulanya

Ramai juga yang tidak ketinggalan merakam aksi-aksi malam itu.

Thursday, October 4, 2007

4hb Oktober : Di Sekitar Pelancaran Album Baru Jestie Alexius

4hb Oktober 2007 bersamaan dengan hari Khamis, setelah sekian lama menyepi, akhirnya Jestie Alexius muncul dengan album ke-4 beliau. Pelancaran episod pertama ini berlangsung di Pentas Pekan Tambunan. Hadirin pada hari tersebut dihiburkan dengan 4 buah lagu yang dimainkan secara live dan selebihnya menggunakan minus one. Pada masa yang sama, kempen menderma darah turut diadakan. Sambil berhibur, sambil menderma darah. Jom tengok...

Persembahan secara live!


Antara produk yang dijual... Album Rohani juga ada...

Sign Autograph

Kempen derma darah yang berlangsung di tempat yang sama dengan lokasi pelancaran album Jestie Alexius

Inilah kaset-kaset yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Jestie Alexius.

Mr.Boni, MC untuk pelancaran album, turut menyumbangkan darah. Woh!

Monday, September 17, 2007

PENGUMUMAN

Salam sejahtera dan salam bahagia kepada pengunjung blog Jestie Alexius ini.

Sejak blog ini diwujudkan, pelbagai reaksi atau respon dari para pengunjung baik yang positif mahupun yang negatif. Apa-apapun, PEOPLE OF JMI ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung kerana sentiasa setia menjenguk blog ini.

Untuk pengetahuan anda, Jestie jarang mempunyai masa terluang untuk membalas salam dan kritikan dalam blog ini. PEOPLE OF JMI mewakili pihak beliau meminta maaf atas kesulitan itu. Jestie sekarang sedang sibuk dengan penggambaran MTV Karaoke dan beberapa projek muzikal. Namun jangan risau kerana beliau akan mempunyai masa seminggu sekali menjenguk blog ini.

Tidak kurang juga hangatnya perbualan di ruangan pesanan. PEOPLE OF JMI berharap kepada chatters yang aktif, semoga anda sentiasa menyokong industri muzik tempatan kita ini. Pihak kami berharap juga agar keadaan terkawal sentiasa. Sebenarnya, anda telah memeriahkan blog ini. Terima kasih kepada semua chatters seperti YaN, Pter, James, Ateng, Benn, Dusun, P.Ramoo, Cho, John, Mr.Blogger, Ali, Tongkat Ali, Butod, Costigan, Elvis76, JovitaRJ, Abg Sms, Noni dan... ramai lagi yang lain. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan.

SELAMATKAN INDUSTRI MUZIK KITA!

Sunday, July 15, 2007

Buah Tangan Yang SPECIAL Untuk Semua Peminat Jestie Alexius


Selama ini, pelbagai key telah diguna untuk memainkan lagu "KOSOROU KOPO NANGKU DOHO". Ada yang memainkannya dalam key C, G dan ada juga yang menggunakan key D. Tidak kisahlah key apa, yang penting anda terhibur.

Untuk pengetahuan anda, Jestie menyanyikan lagu ini dalam key A major. Untuk update kali ini, Jestie telah menyelitkan lagu "berhantu"nya ini lengkap dengan lirik dan kod gitar. Tidak ketinggalan juga, gambar terbaru...

Tanpa membuang masa... apa lagi, cepatlah capai mana-mana gitar berhampiran anda! Kita jamming bersama!!! Yeah!

Thursday, July 5, 2007

Nantikan Kemunculan Album Ke-4 Jestie Alexius!


Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Jestie Alexius sebenarnya sudah menghasilkan 3 buah album sebelum ini. Bemula dari album pertama pada tahun 2001, album kedua pada tahun 2002, album ketiga pada tahun 2004 dan album kedua 'remake' pada tahun 2004, kini Jestie Alexius muncul kembali untuk memeriahkan industri muzik tempatan dengan album ke-4 sekaligus menjawab persoalan kehilangannya selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Album ke-4 ini memuatkan 12 buah lagu baru yang mempertaruhkan pelbagai genre muzik di dalamnya termasuklah rock 'n' roll, rap rock, hip hop, pop, akustik ala-ala Dealova, reggae ala-ala Bob Marley dan Ballad yang juga menjadi resepi tetap dalam setiap albumnya sebelum ini. Menurut Jestie, konsep album beliau yang terbaru ini bertujuan untuk memvariasikan jenisan muzik yang jarang disentuh oleh penggiat-penggiat tempatan lain. Diharap dengan kemunculan album ini, dapatlah mengubati kerinduan peminat-peminat setianya yang tidak pernah berhenti menyokongnya selama ini. Nantikan di pasaran dalam masa terdekat ini!!!

Welcome To JMI!

Selamat datang ke blog JMI (JESTIE MUSIC INDUSTRY). Blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Tunggu update dari JMI di masa mendatang!